Friday, 21 December 2012

Menguji Minda

1. Apakah maksud bersuci?


   Jawapan: __________________________


2. Apakah hukum bersuci?


  Jawapan: ___________________________


3. Nyatakan bahagian-bahagian najis yang anda    ketahui...


   Jawapan : 1._________________________

                    
                    2. _________________________
                   
                   3. __________________________

4. Senaraikan 3 contoh najis Mutawassitah.


   Jawapan : 1.__________________________


                     2. _________________________

                     3. _________________________

5. Jelaskan cara-cara untuk menyucikan najis   Mughallazah dengan betul.



    Jawapan :

    ___________________________________


    ___________________________________


    ___________________________________


    ___________________________________




Monday, 17 December 2012



CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS



1. NAJIS MUKHAFFAFAH (مُخَفَّفَة) @ NAJIS RINGAN

Air kencing bayi lelaki yg berumur bawah 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Cara membersihkannya : Lap tempat yang terkena air kencing dan renjis dengan air mutlak.


2. NAJIS MUTAWASSITAH (مُتَوَسِّطَةُ@ NAJIS PERTENGAHAN

Semua jenis najis selain daripada NAJIS MUKHAFFAFAH  dan NAJIS MUGHALLADZAH seperti darah, tahi, bangkai dan sebagainya.
Cara membersihkannya :  Buangkan najis. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.


3. NAJIS MUGHALLAZAH (مُغَلَّظَةٌ@ NAJIS BERAT

Semua najis daripada anjing, babi dan keturunan kedua-duanya @ salah satu daripadanya.
Cara membersihkannya 
: Buangkan najis. Basuh tempat yang terkena najis dgn air mutlak sebanyak 6 kali. Satu basuhan ialah air yang bercampur tanah (sertu).

BAHAN-BAHAN UNTUK BERSUCI

1AIR MUTLAK - iaitu air yang suci dan menyucikan. Ianya terdiri daripada :

a) Air Laut
b) Air Sungai
c) Air Perigi
d) Air Mata air
e) Air Hujan
f) Air Paip
g) Air Embun
h) Air Salji

2. TANAH @ DEBU YG SUCI untuk bertayammum.
3. BENDA KESAT seperti batu, kayu dan kertas untuk beristinjak.
4. BENDA BERSIFAT TAJAM  seperti peluntur, tawas @ bahan kimia untuk menyamak kulit binatang.



Bersuci merupakan kewajipan bagi setiap muslim.....

Firman Allah:

و ثيابك فطهِّر

“Dan pakaianmu bersihkanlah.” (Al-Muddatstsir 4)

وإن كنتم جنبا فاطهروا

“Dan jika kamu junub maka mandilah.” (Al-Maidah: 6)
Pengertian Bersuci

Bersuci dari segi bahasa bermaksud membersihkan sesuatu dari sebarang kotoran.

Dari segi istilah pula bermaksud membersihkan tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan persekitaran daripada najis, hadas  dan kotoran.


HUKUM BERSUCI

Hukum bersuci adalah WAJIB





Saturday, 15 December 2012

Najis Mutawassitah


Bangkai Kucing
Bangkai


Nanah
Darah
Arak
Najis Mughollazah



Babi


Anjing



Najis Mukhaffafah


bayi comel
Air kencing bayi lelaki berumur kurang 2 tahun dan hanya menyusu ibunya sahaja.
PENGERTIAN NAJIS DAN BAHAGIAN-BAHAGIANNYA


1. PENGERTIAN NAJIS
    Najis ialah benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.

2. BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS:
    i. Najis Mukhaffah: Najis ringan
    ii. Najis Mutawassitah : Najis Sederhana 
    iii. Najis Mughallazoh : Najis Berat

3. CONTOH NAJIS MENGIKUT BAHAGIAN:
    i. Najis Mukhaffah : Air kencing kanak-kanak lelaki berumur tidak lebih dua tahun yang hanya minum      susu  ibu.
    ii Najis Mutawassitah : Tahi, Muntah, Darah, Arak dan sebagainya.

    ii. Najis Mughallazoh : Anjing dan Babi , termasuk segala perkara yang terbit dari kedua-duanya.





Friday, 14 December 2012

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya saya dapat menghasilkan blog saya ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan bantuan dalam menghasilkan blog ini, terutamanya kak Yong Rosidah, kak Shima dan Cikgu Wan yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata semangat kepada saya. Sokongan daripada anda semua amat saya hargai. Terima kasih, semoga Allah membalas segala kebaikan yang kawan-kawan hulurkan.
Semoga dengan terhasilnya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. Segala teguran dan pekongsian dari semua amat saya hargai dan amat diperlukan.