Friday, 21 December 2012

Menguji Minda

1. Apakah maksud bersuci?


   Jawapan: __________________________


2. Apakah hukum bersuci?


  Jawapan: ___________________________


3. Nyatakan bahagian-bahagian najis yang anda    ketahui...


   Jawapan : 1._________________________

                    
                    2. _________________________
                   
                   3. __________________________

4. Senaraikan 3 contoh najis Mutawassitah.


   Jawapan : 1.__________________________


                     2. _________________________

                     3. _________________________

5. Jelaskan cara-cara untuk menyucikan najis   Mughallazah dengan betul.



    Jawapan :

    ___________________________________


    ___________________________________


    ___________________________________


    ___________________________________




Monday, 17 December 2012



CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS



1. NAJIS MUKHAFFAFAH (مُخَفَّفَة) @ NAJIS RINGAN

Air kencing bayi lelaki yg berumur bawah 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Cara membersihkannya : Lap tempat yang terkena air kencing dan renjis dengan air mutlak.


2. NAJIS MUTAWASSITAH (مُتَوَسِّطَةُ@ NAJIS PERTENGAHAN

Semua jenis najis selain daripada NAJIS MUKHAFFAFAH  dan NAJIS MUGHALLADZAH seperti darah, tahi, bangkai dan sebagainya.
Cara membersihkannya :  Buangkan najis. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.


3. NAJIS MUGHALLAZAH (مُغَلَّظَةٌ@ NAJIS BERAT

Semua najis daripada anjing, babi dan keturunan kedua-duanya @ salah satu daripadanya.
Cara membersihkannya 
: Buangkan najis. Basuh tempat yang terkena najis dgn air mutlak sebanyak 6 kali. Satu basuhan ialah air yang bercampur tanah (sertu).

BAHAN-BAHAN UNTUK BERSUCI

1AIR MUTLAK - iaitu air yang suci dan menyucikan. Ianya terdiri daripada :

a) Air Laut
b) Air Sungai
c) Air Perigi
d) Air Mata air
e) Air Hujan
f) Air Paip
g) Air Embun
h) Air Salji

2. TANAH @ DEBU YG SUCI untuk bertayammum.
3. BENDA KESAT seperti batu, kayu dan kertas untuk beristinjak.
4. BENDA BERSIFAT TAJAM  seperti peluntur, tawas @ bahan kimia untuk menyamak kulit binatang.



Bersuci merupakan kewajipan bagi setiap muslim.....

Firman Allah:

و ثيابك فطهِّر

“Dan pakaianmu bersihkanlah.” (Al-Muddatstsir 4)

وإن كنتم جنبا فاطهروا

“Dan jika kamu junub maka mandilah.” (Al-Maidah: 6)
Pengertian Bersuci

Bersuci dari segi bahasa bermaksud membersihkan sesuatu dari sebarang kotoran.

Dari segi istilah pula bermaksud membersihkan tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan persekitaran daripada najis, hadas  dan kotoran.


HUKUM BERSUCI

Hukum bersuci adalah WAJIB